JULAI 2024

Premier Temani TYT Pada MRR Ke-266


KUALA LUMPUR, Khamis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg adalah antara para pemimpin pentadbiran negeri yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Khamis. 

Beliau telah hadir untuk menemani Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Ja’afar bagi hari kedua pada mesyuarat dua hari tersebut. 

Pada hari pertama semalam, Yang di-Pertua Negeri telah ditemani oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan.